Skip to main content

Siapa SANTA CLAUS?? Adakah ia wujud??



Santa Claus, juga dikenali sebagai Santo NicholasBapa KrismasKris Kringle, atau cuma Santa sahaja merupakan figura yang asal-usulnya penuh dengan legenda, sejarah, dan disebut dalam budaya rakyat sebagai pembawa hadiah ketika hari sebelum atau malam Krismas (24 Disember).Bagaimanapun, di sesetengah negara Eropah, kanak-kanak menerima hadiah mereka pada 6 Disember iaitu Hari Santo Nicholas.Legenda ini mungkin berdasarkan kisah-kisah hagiografi mengenai tokoh Santo Nicholas yang bersejarah.
Secara umumnya, Santa Claus digambarkan sebagai lelaki tua berjanggut putih, gemuk dan periang, memakai pakaian serba merah dengan manset dan kolar berwarna putih dengan tali pinggang kulit dan but hitamnya, sambil membawa beg yang dipenuhi dengan hadiah. Gambaran figura tersebut menjadi terkenal di Amerika Syarikat dan Kanada pada abad ke-19 kerana pengaruh ketara sajak 1823 bertajuk "Kunjungan daripada St. Nicholas" dan karikatur daripada kartunis politik, Thomas Nast.Imej tersebut telah dikekalkan dan dikuatkan lagi melalui lagu, radio, televisyen, dan filem.
Satu legenda yang berkaitan dengan Santa menceritakan bahawa dia tinggal jauh di bahagian utara, di sebuah tempat yang dituruni salji sepanjang masa. Dalam versi Amerika, Santa Claus tinggal di Kutub Utara, manakala Bapa Krismas dipercayai tinggal di Finland. Butiran-butiran lain termasuklah dia sudah berkahwin dan tinggal bersama Puan Claus, membuat satu senarai kanak-kanak di seluruh dunia dan mengelaskan kanak-kanak itu mengikut perilaku mereka. Santa Claus akan menghantar hadiah, termasuk mainangula-gula, dan lain-lain kepada semua kanak-kanak yang berkelakuan baik di seluruh dunia dan kadang-kala arang atau kayu diberi kepada mereka yang nakal, dalam jangka masa satu malam dan dia menyelesaikan kerja berat ini dengan bantuan orang halus yang bekerja membuat mainan serta sembilan ekor rusa kutub boleh terbang yang menarik pedatinya. Santa Claus seringkali digambarkan mengucapkan perkataan "ho ho ho".

Pemupukan kepercayaan terhadap Santa Claus kepada kanak-kanak yang sekian lama juga menghadapi tentangan. Sesetengah penganut agama Kristian mendakwa bahawa tradisi Santa menyimpang daripada asal-usul keagamaan dan tujuan sebenar Krismas. Mereka yang lain pula merasakan bahawa Santa Claus ialah satu pembohongan yang besar, dan adalah tidak beretika untuk ibu bapa mengajar anak-anak mereka mempercayai kewujudan Santa.[9] Ada juga yang menentang Santa Claus sebagai lambang pengkomersialan perayaan Krismas, atau suatu pencabulan terhadap tradisi kebangsaan mereka.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

6 Kebiasaan Penyebab Bibir Kering dan Pecah-pecah..

Bibir kering dan pecah-pecah adalah kondisi yang umum terjadi. Orang dari segala usia dan jenis kelamin bisa mengalami bibir pecah-pecah, terutama jika Anda memiliki jenis kulit kering. Bibir kering bisa disebabkan oleh berbagai macam faktor dan tergolong mudah diobati dengan perawatan sederhana. Namun, ada beberapa orang yang mungkin menderita bibir kering dan pecah-pecah akibat infeksi Cheilitis. Cheilitis ditandai oleh kulit pecah-pecah di sekitar sudut bibir. Kenapa bibir bisa kering? Bibir memiliki lapisan ‘kulit’ yang sangat tipis dan transparan, disebut stratum korneum. Warna kemerahan dari bibir berasal dari konsentrasi dan kedekatan jarak antara lapisan kulit tersebut dengan permukaan pembuluh darah di bawahnya, yang memungkinkan warna bisa terlihat dengan jelas. Bedanya dengan kulit wajah, bibir tidak memiliki kelenjar minyak. Untuk alasan ini, bibir lebih mudah kering dan retak. Kurangnya kelembapan adalah penyebab paling umum dari bibir kering dan pecah...

MAKNA AZAM TAHUN BARU

RAMAI yang berpendapat tidak lengkap tahun baru tanpa azam baru. Menurut satu kajian tentang isu ini di United Kingdom yang dilakukan oleh sebuah badan bukan kerajaan - Mind, azam tahun baru boleh menyebabkan stres. Laporan kajian tersebut mengatakan azam tahun baru membuatkan seseorang fokus pada keburukan diri, mencari kesilapan dan kehodohan sepanjang masa depan. Ia dikatakan tidak baik untuk masa depan kerana seseorang itu akan diselubungi dengan perkara negatif sahaja. Pensyarah Jabatan Psikologi, Universiti Malaya, Dr. Mariani Mohd. Nor berpendapat kajian ini tidak 100 peratus sahih kerana setiap individu mempunyai pemikiran berbeza berdasarkan pergaulan sosial dan latarbelakang kehidupan masing-masing. Tambah beliau, setiap orang tidak dikelilingi oleh kelompok orang yang sama. "Jika individu mempunyai azam baru yang lebih fokus untuk mendapatkan kejayaan, dia tidak akan menoleh ke arah fakta yang lebih kepada mencari kesilapan. Sebaliknya dia akan menggunaka...