Skip to main content

NAK KULIT CANTIK MACAM ARTIS KOREA?

Sebut je artis Korea atau K-pop semua terbuntang mata. Maklumlah terpegun dengan kehalusan dan kemulusan kulit mereka. Tak kira artis lelaki atau perempuan. Semua sama je kehalusan dan kemulusn kulit diaorang kan. 




Saya antara peminat drama Korea tau. Pelakon Korea tak adalah nak minat sangat. Tak tahu pun nama artis Korea ni. Cerita Korea banyak je yang bagus-bagus yang ada nilai murni. Jadi kita kena lah pandai pilih nak tengok yang mana kan. Jangan semua nak rembat.

Tidak dinafikan Korea mempunyai teknologi yang canggih dan pakar kecantikan yang hebat yang menjadikan Korea Selatan negara tertinggi kadar pembedahan plastik di Asia.

Wow, memang sangat dahsyat la kan!! Bila kita tengok artis Korea ni kita pun tak tahu adakah ini wajah asli mereka atau wajah hasil plastic surgery yang hebat. 

Sudah menjadi perkara biasa bagi artis dan juga rakyat Korea untuk melakukan pembedahan plastik. Keinginan memiliki wajah uzzlang atau bentuk wajah terbaik menjadi sebab kenapa mereka melakukan pembedahan palstik. 



Produk Penjagaan Kulit


Kat Korea produk penjagaan kulit ni memang la sangat femes. Kalau rasa nak kulit secantik retis Korea ni pilihlah produk yang berasaskan bahan semulajadi hokey. Tiada kesan sampingan. Yakin dan suci..ahakss..

Memang banyak produk penjagaan kulit yang ada di pasaran ni. Tapi kita la yang kena pilih mana yang terbaik. Jangan la dok caya sangat produk yang orang dok jual kat pasar malam tu ke, tepi-tepi jalan tu ke..banyak tak bagus dari yang bagus..

Bahaya tau..bukannya saya tak nak menyokong orang kita buat bisness. Kita tak tahu bahan apa yang ada dalam tu kan. Yang jadi lagi bahaya bahan kimia yang ada dalam tu boleh meresap ke dalam darah kita tau. Boleh jadi kanser. 

Jangan ambik mudah ye kakak-kakak, adik-adik yang cantik menawan. Nak cantik tak salah tapi jangan sampai membawa penyakit..

Satu lagi orang Korea ni suka buat skrub wajah. so kita yang nak cantik kena la rajin buat skrub. Tak payah fikir nak beli skrub kat kedai guna je bahan-bahan semulajadi yang ada kat rumah tu. Jimat duit. tak ada kesan sampingan, selamat lagi. Yang paling penting kena rajin je. 


Minum Air Yang Banyak


Semua kita tahu air sangat penting untuk kesihatan kita. Air yang tak cukup menyebabkan kulit kita menjadi kering. Kulit yang kering dalam masa yang panjang menyebabkan kulit kita cepat  berkedut. Bila kulit berkedut cepat la nampak tua. Umur sebenar baru 30 tapi nampak macam 50. OMG!!! Uit, takutnya..

Jadi jangan malas-malas minum air putih ok. Air putih tau bukan air milo ke power rut ke..hmm..Minumlah sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Tambah lagi sekarang musim kemarau ni. memang kena minum air banyak.

Nak kulit lembap dan glowing minum la air banyak-banyak ye.

Pemilihan Makanan


Wanita Korea ni bukan saja menggunakan produk penjagaan kulit untuk dapatkan kulit wajah yang putih bersih. Apa yang bagusnya diaorang ni suka makan makanan kesihatan yang berasaskan herba, ulam-ulaman, sayur-sayuran dan juga buah-buahan. 

Sape yang kaki citer Korea tahu la kan menu masakan orang Korea ni macam mana. Kebanyakkannya yang jenis stim, kukus atau rebus..Betul tak?? Jarang masakan mereka digoreng. Bila stim, atau kukus ni zat-zat dalam makanan pun tak hilang banyak.

Bukan saja kulit cantik kalau kurang makan makanan bergoreng ni. Tubuh pun sihat. Kolesterol pun kurang..

Tujuannya saya karang entry berkaitan kecantikan artis Korea ni bukannya nak suruh korang semua obses macam diaorang sampai nak buat sugery plastic. Idok la sampai macam tu sekali.

Nak cantik tak salah. Biarlah berpada-pada. Bagi saya sihat itu lebih penting. Bila badan sihat secara tak langsung wajah kita pun akan terserlah juga kecantikannya. Apa gunanya wajah je cantik tapi hakikatnya badan kita sakit.

Suka tengok stail orang korea bila time makan. Mesti satu famili makan bersama kat atas meja panjang. Tak ada kerusi pun duduk bersila atas lantai je.

Comments

Popular posts from this blog

Siapa SANTA CLAUS?? Adakah ia wujud??

Santa Claus , juga dikenali sebagai  Santo Nicholas ,  Bapa Krismas ,  Kris Kringle , atau cuma  Santa  sahaja merupakan figura yang asal-usulnya penuh dengan legenda, sejarah, dan disebut dalam  budaya rakyat  sebagai pembawa  hadiah  ketika  hari sebelum  atau malam  Krismas  (24 Disember).Bagaimanapun, di sesetengah negara Eropah, kanak-kanak menerima hadiah mereka pada 6 Disember iaitu  Hari Santo Nicholas .Legenda ini mungkin berdasarkan kisah-kisah  hagiografi  mengenai tokoh Santo Nicholas yang bersejarah. Secara umumnya, Santa Claus digambarkan sebagai lelaki tua berjanggut putih, gemuk dan periang, memakai pakaian serba merah dengan manset dan kolar berwarna putih dengan tali pinggang kulit dan but hitamnya, sambil membawa beg yang dipenuhi dengan hadiah. Gambaran figura tersebut menjadi terkenal di Amerika Syarikat dan Kanada pada abad ke-19 kerana pengaruh ketara sajak 1823 bertajuk " Kunjungan daripada St. Nicholas " dan karikatur daripada kartunis politik

6 Kebiasaan Penyebab Bibir Kering dan Pecah-pecah..

Bibir kering dan pecah-pecah adalah kondisi yang umum terjadi. Orang dari segala usia dan jenis kelamin bisa mengalami bibir pecah-pecah, terutama jika Anda memiliki jenis kulit kering. Bibir kering bisa disebabkan oleh berbagai macam faktor dan tergolong mudah diobati dengan perawatan sederhana. Namun, ada beberapa orang yang mungkin menderita bibir kering dan pecah-pecah akibat infeksi Cheilitis. Cheilitis ditandai oleh kulit pecah-pecah di sekitar sudut bibir. Kenapa bibir bisa kering? Bibir memiliki lapisan ‘kulit’ yang sangat tipis dan transparan, disebut stratum korneum. Warna kemerahan dari bibir berasal dari konsentrasi dan kedekatan jarak antara lapisan kulit tersebut dengan permukaan pembuluh darah di bawahnya, yang memungkinkan warna bisa terlihat dengan jelas. Bedanya dengan kulit wajah, bibir tidak memiliki kelenjar minyak. Untuk alasan ini, bibir lebih mudah kering dan retak. Kurangnya kelembapan adalah penyebab paling umum dari bibir kering dan pecah