Skip to main content

LELAKI pun tau jaga wajah

KEKAL SENYUM DAN PAKAI GLO UP





Bukan semua lelaki mengambil berat mengenai kesihatan kulit wajah dan badan mereka. Malah, ada kalanya mencuci wajah menggunakan pembersih sesuai juga tidak tersenarai dalam perkara penting dalam kamus hidup mereka apatah lagi untuk memanjakan diri di spa kecantikan.

Kini, semua itu sudah berubah dan sesetengah generasi muda masa kini yang tinggal di bandar serta mementingkan penampilan sangat menitikberatkan aspek kecantikan kulit.


Pengurus Menschen Skincare, Ahmad Adli Mohammad berkata, selepas setahun beroperasi di kediamannya, dia mengambil keputusan membuka spa berkenaan kepada lelaki yang mahu mendapatkan rawatan wajah.

“Bagi rawatan wajah, kami menggunakan rangkaian produk sendiri, Glo Up berdasarkan masalah kulit yang dihadapi pelanggan. Kami mencuci wajah menggunakan sabun arang dan kolagen bagi membantu merawat masalah jerawat, jeragat, kegatalan serta mencerahkan pigmentasi kulit.

“Kemudian, krim siang atau krim malam akan disapu pada wajah bergantung kepada waktu pelanggan berkunjung ke spa kami bagi membantu memberi kesan pencerahan dan memperbaiki tekstur kulit.

“Serum yang mengandungi esktrak biji anggur dan vitamin C, E dan F pula disapu pada wajah bagi membantu melindungi, mengurangkan kedutan serta meratakan ton kulit,” katanya.

Pada masa sama, bergantung kepada masalah kulit dihadapi rawatan berkenaan turut menggunakan mesin ultra bunyi khas yang membantu menegangkan, mengurangkan kedutan dan menanggalkan sel kulit mati pada wajah.

Spa yang dibuka khas untuk lelaki saja itu beroperasi setiap Selasa hingga Ahad bermula jam 10 pagi hingga 8.30 malam, turut menyediakan rawatan skrub badan, mandi wap atau bekam.

Selain spa, jenama berkenaan turut memiliki produk set penjagaan wajah yang sesuai dipakai oleh lelaki dan wanita yang boleh didapati di kedai jamu, stokis atau melalui pengedar jenamanya secara dalam talian.

“Bukan saja perempuan, lelaki juga perlu menjaga kecantikan dan kesihatan kulit wajah kerana ia mampu mempengaruhi tahap keyakinan diri seseorang di samping melengkapkan penampilan.

“Selain itu, bagi mendapatkan wajah yang segar dan kulit yang sihat, pastikan tidur mencukupi serta elakkan stres. Saya sendiri turut mengamalkan petua untuk memberi perlindungan berganda kepada kulit.

“Biasanya, saya akan mencuci muka menggunakan campuran air sejuk pada waktu pagi dan rajin menyapu madu pada wajah setiap malam untuk membantu memudarkan parut, mengecilkan jerawat dan melembapkan kulit,” katanya.

Spa yang dihias dengan dekorasi moden itu banyak menonjolkan rona kuning bagi memberi kesegaran kepada pengunjung di samping ruang yang luas untuk memberi keselesaan kepada pengunjung.










Comments

Popular posts from this blog

Siapa SANTA CLAUS?? Adakah ia wujud??

Santa Claus , juga dikenali sebagai  Santo Nicholas ,  Bapa Krismas ,  Kris Kringle , atau cuma  Santa  sahaja merupakan figura yang asal-usulnya penuh dengan legenda, sejarah, dan disebut dalam  budaya rakyat  sebagai pembawa  hadiah  ketika  hari sebelum  atau malam  Krismas  (24 Disember).Bagaimanapun, di sesetengah negara Eropah, kanak-kanak menerima hadiah mereka pada 6 Disember iaitu  Hari Santo Nicholas .Legenda ini mungkin berdasarkan kisah-kisah  hagiografi  mengenai tokoh Santo Nicholas yang bersejarah. Secara umumnya, Santa Claus digambarkan sebagai lelaki tua berjanggut putih, gemuk dan periang, memakai pakaian serba merah dengan manset dan kolar berwarna putih dengan tali pinggang kulit dan but hitamnya, sambil membawa beg yang dipenuhi dengan hadiah. Gambaran figura tersebut menjadi terkenal di Amerika Syarikat dan Kanada pada abad ke-19 kerana pengaruh ketara sajak 1823 bertajuk " Kunjungan daripada St. Nicholas " dan karikatur daripada kartunis politik

6 Kebiasaan Penyebab Bibir Kering dan Pecah-pecah..

Bibir kering dan pecah-pecah adalah kondisi yang umum terjadi. Orang dari segala usia dan jenis kelamin bisa mengalami bibir pecah-pecah, terutama jika Anda memiliki jenis kulit kering. Bibir kering bisa disebabkan oleh berbagai macam faktor dan tergolong mudah diobati dengan perawatan sederhana. Namun, ada beberapa orang yang mungkin menderita bibir kering dan pecah-pecah akibat infeksi Cheilitis. Cheilitis ditandai oleh kulit pecah-pecah di sekitar sudut bibir. Kenapa bibir bisa kering? Bibir memiliki lapisan ‘kulit’ yang sangat tipis dan transparan, disebut stratum korneum. Warna kemerahan dari bibir berasal dari konsentrasi dan kedekatan jarak antara lapisan kulit tersebut dengan permukaan pembuluh darah di bawahnya, yang memungkinkan warna bisa terlihat dengan jelas. Bedanya dengan kulit wajah, bibir tidak memiliki kelenjar minyak. Untuk alasan ini, bibir lebih mudah kering dan retak. Kurangnya kelembapan adalah penyebab paling umum dari bibir kering dan pecah

NAK KULIT CANTIK MACAM ARTIS KOREA?

Sebut je artis Korea atau K-pop semua terbuntang mata. Maklumlah terpegun dengan kehalusan dan kemulusan kulit mereka. Tak kira artis lelaki atau perempuan. Semua sama je kehalusan dan kemulusn kulit diaorang kan.  Saya antara peminat drama Korea tau. Pelakon Korea tak adalah nak minat sangat. Tak tahu pun nama artis Korea ni. Cerita Korea banyak je yang bagus-bagus yang ada nilai murni. Jadi kita kena lah pandai pilih nak tengok yang mana kan. Jangan semua nak rembat. Tidak dinafikan Korea mempunyai teknologi yang canggih dan pakar kecantikan yang hebat yang menjadikan Korea Selatan negara tertinggi kadar pembedahan plastik di Asia. Wow, memang sangat dahsyat la kan!! Bila kita tengok artis Korea ni kita pun tak tahu adakah ini wajah asli mereka atau wajah hasil plastic surgery yang hebat.  Sudah menjadi perkara biasa bagi artis dan juga rakyat Korea untuk melakukan pembedahan plastik. Keinginan memiliki wajah uzzlang atau bentuk wajah terbaik menjadi sebab kenapa mereka melaku