TOMATO BAIK UNTUK KULIT
Tomato adalah antara satu tumbuhan yang bagus untuk kita
amalkan demi menjaga kesihatan dalaman dan juga luaran .
Tomato yang berwarna merah sarat dengan vitamin A dan C, dan
semakin matang buah tomato itu semakin banyak vitamin yang dihasilkan
Tomato juga mengandungi likopena iaitu antioksidan yang
sangat berguna untuk melawan radikal bebas akibat asap kenderaan, asap rokok
dan bahan berbahaya yang masuk ke dalam tubuh.
Likopena juga diketahui berperanan aktif membantu untuk
mencegah kerosakan sel penyebab kanser seperti kanser prostat, mulut dan rahim.
Gel di luar biji tomato pula berkhasiat mencegah pembekuan darah yang
menyebabkan penyakit jantung dan strok.
Selain dijadikan
ramuan masakan, tomato digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan.
Khasiatnya dikatakan dapat membantu mengatasi pelbagai masalah kulit.
CARA MENGGUNAKAN TOMATO
1. TOMATO dan GULA
- Cuci muka dengan air suam,
- Tomato dibelah dua dan bahagikan penggunaan pagi dan malam,
- Letakkan permukaan tomato di atas gula dan ratakannya ke permukaan muka. Gosok (scrub) secara perlahan-lahan dan mengikut tahap kesakitan,
- Tunggu selama 5 minit dan bilaskan dengan air,
- Keringkan dengan kain/towel/tisu yang bersih.
2. Mask TOMATO
- Lenyekkan tomato sehingga hancur,
- Ratakan tomato ke atas permukaan wajah,
- Tunggu sehingga 15 ke 20minit.
- Bilas muka dan keringkan dengan tuala/kain/tisu yang bersih.
3. TOMATO beku
- Bekukan tomato
- Tomato yang beku itu tadi lumurkan di muka sehingga buah tomato tersebut hancur.
- Bilas muka dengan air biasa dan keringkan dengan tuala yang bersih.
SELAMAT MENCUBA UNTUK DAPATKAN KULIT YANG CANTIK DAN BERSIH.
KOMBINASI ARANG DAN KOLAGEN ADALAH FORMULA TERBAIK GENERASI KINI!!
CONTACT 0162279629
www,instagram.com/menschenskincare
Comments
Post a Comment