8 CARA MENGHILANGKAN ULSER MULUT DENGAN CEPAT DAN BERKESAN Berikut adalah beberapa cara menghilangkan ulser mulut dengan lebih pantas. Cubalah! 1. MADU Madu memiliki sifat antibakteria yang sangat baik untuk menghilangkan ulser mulut. Ia membantu mengekalkan kelembapan mulut dan menggalakkan proses pembentukan tisu baru. Sapukan sedikit madu asli pada tempat yang terkena ulser dan biarkan ia melarut dalam mulut. Boleh juga mencampurkan secubit kunyit untuk mempercepatkan lagi proses penyembuhan. 2. GEL ALOE VERA Selain madu, gel aloe vera juga adalah sumber anti-bakteria dan anti-keradangan yang dapat membantu menghilangkan ulser mulut secara semulajadi. Gel aloe vera turut memiliki sifat anti-oksidan di samping sifatnya yang sejuk yang memulihkan rasa sakit dengan hampir serta-merta. 3. BAKING SODA Baking soda boleh digunakan dengan mudah dengan menyapukannya di bahagian dalam mulut yang terkena ulser. A...
Cara Berkesan Hilangkan Kelemumur Di Kepala Kelemumur atau nama saintifiknya pityriasis capitis adalah satu fenomena biasa yang dialami oleh 50 peratus daripada populasi manusia dan dihidapi pelbagai latar belakang masyarakat. Ia berlaku bila seseorang itu mengalami pertukaran kulit kepala baru dua kali lebih pantas dari yang sepatutnya. Jangka masa normal untuk kulit kepala bertukar kulit baru adalah 28 hari. Tapi untuk sesetengah orang, dia hanya memerlukan 11 hari sahaja untuk kulit kepalanya bertukar baru. So, belum sempat kulit yang lama mengelupas habis, kulit yang baru pula mengelupas lagi. Itulah punca utama terjadinya kelemumur. Punca lain pula adalah kerana pertumbuhan kulat jenis Pitirosporum Ovale yang biasa terdapat pada kulit dan kulit kepala. Penghasilan sebum (minyak semula jadi) yang terlalu berlebihan juga punca utama kulat ni semakin aktif untuk tumbuh. Sebab lain adalah disebabkan perubahan hormon selepas mencapai usia akil baligh dan kulit kepala ya...