S ehingga kini masih ramai lagi diantara kita tertanya-tanya apakah rahsia kecantikan yang dipegang oleh masyarakat Cina. Lihat sahajalah pada kulit wajah mereka, lembut, mulus dan bersih. Biarpun ditelan usia atau dipanggang panas oleh matahari, kulit mereka tetap nampak berseri dan paling penulis suka ialah mereka tidak perlu tacap wajah mereka dengan solekan tebal. Antara petua yang selalu di amalkan oleh mereka : Teh Hijau Untuk Kekal Muda Minuman teh sudah menjadi sinonim dengan masyarakat cina. Menariknya amalan ini membantu mereka untuk tampil awet muda. Air teh hijau sudah menjadi minuman trend zaman kini, dimana-mana ada sahaja sajian teh hijau. Tapi biarlah anda mendapatkan manfaat teh hijau dari yang original. Teh hijau dipercayai mengandungi anti-oksidan tinggi dan meningkatkan daya metabolism badan. Mask Kunyit Ingin menyerlah tona kulit anda supaya tampak berseri? Sediakan mask dari serbuk kunyit, mudah sahaja campurkan s...